Thursday, January 29, 2015

Nature Valley Crunchy Granola Bars


Salam & hai.

Fyi, Rina sekarang tengah attend kelas bahasa korea kat Korea Plaza KL. Saje la join kelas ni sebab lame menganggur kat rumah kan. Lagi pun kelas free je buku worksheet semua free tinggal sedia duit tambang je nak ke Korea Plaza. Huhu. So kelas korea ni setiap hari khamis dari pukul 1 sampai 3 pm. Waktu lunch! Perut ni dah lah perut tak boleh lapar, lapar sikit je terus masuk angin & gastrik. Keluar rumah pulak awal, pukul 11 dah keluar sebab nak naik erl pukul 11.30. Selalu nye tak sampai KL Sentral lagi perut dah lapar nak masuk angin. So bile dah sampai Nu Sentral memang mencari makanan dulu buat alas perut. Paling senang memang beli roti la kan kat The Loaf (fav bakery ever). Tapi masalah dengan roti ni rase tak sopan pulak nak makan dengan berdiri tunggu monorel @ mase dalam monorel. Solution nya, granola bars ni la! 

Granola bars ni baked rolled oats. Memang kenyang la kalau makan. My faveret is apple crunch. Ade banyak lagi flavor lain macam honey and roasted almond. Harge die pun mampu milik, RM2.10 je kot kalau tak silap. Satu pack ade 2 pcs and kalori die 190kcal je. Sikit kan? Sesuai la untuk orang yang nak diet. Tapi Rina ni bukan jenis yang kira kalori pun. Semua bende makan je asal kenyang. Haha! Makan 1 pack cukup lah buat alas perut sampai habis kelas pukul 3. Balik kelas kalau tak tahan gak lapar memang akan beli roti kat The Loaf tu, makan dalam erl. 

Lepas ni, setiap kali nak ke kelas mesti singgah guardian beli granola bars ni kat Nu Sentral dulu sebelum naik monorel. Okay bye!

(P/s: Granola bars ni boleh tahan gak darjah kemanisan nye)


Wednesday, January 28, 2015

I'm back!

Hai.

Rase dah lame sangat tinggalkan blog ni. Walaupun dulu pun takde lah rancak sangat kan. Haha. Btw, taktau angin mane datang tetibe rase nak berblog balik pulak. So bukak lah balik blog ni.
(Entry lame-lame semua dah delete, sebab bile bace balik diri sendiri rase malu macam nak hempap muka pakai bantal. Hee.)

Untuk 1st entry ni (kengkononnya) meh la nak cerita sikit pasal perkembangan terbaru Rina. First of all, alhamdulillah dah selamat dapat ijazah dari UPM November lepas. 4 tahun bukan mase yang sekejap okay. Macam-macam bende jadi dalam tempoh 4 tahun tu. Dari zaman pergi kelas naik bas, pastu upgrade sikit tumpang kawan yg ade kereta, sampai la berjaya bawak kereta sendiri. Tempoh paling mencabar sepanjang 4 tahun tu of course, mase buat FYP. Drama sangat sepanjang tempoh 6 bulan tu! Ehh kalau nak cerita semua kenangan kat UPM tu memang berjela la 10 muke surat pun tak cukup.


And sekarang, tengah menunggu hari nak daftar Master kat UKM. Tukar angin sikit dari Serdang ke Bangi. Macam trauma pulak kan buat research FYP tu sampai tak berani nak buat research mode Master. Setelah berfikir-fikir, tambah tolak timbang kati semua, hari tu pun decide la apply buat coursework mode Master kat UKM. InsyaAllah moga dipermudahkan semua, Rina aim nak habiskan Master ni dalam tempoh setahun je.

Ape lagi nak cerita? Rase tu je lah. Kisah lain cerita kat entry lain. Bye!